Thursday, 24 November 2016

I'M BACK !!!

Bismillahirrahmannirrahim :) 


Assalamualaikum semua. I'm back. Setelah sekian lama x post new entry dlm blog, hampir 3 tahun. hahaha teruk sangat tu sampai 3 tahun x edit. Rindu sebenarnye. yelah masa tahun 2013 tu umur baru 19 tahun, sekarang dah 22 tahun. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk bertaubat. sepanjang 3 tahun kebelakangan ni, macam2 perkara yang berlaku, suka duka pahit manis, semua ada. Manusia kan, xseronok lau tak de pelbagai rintangan kehidupan. 


okay, straight to the point. Dalam tempoh 3 tahun ni, lepas je habis stpm aku kerja mengajar under MAINS. Setahun setengah aku mengajar sebelum ditawarkan untuk sambung pengajian aku. Selama aku mengajar, pernah terdetik dalam hatiku "begini rupanya jadi cikgu-cikgu" bilamana kau mengajar didepan, anak murid kau bermain dibelakang, itu perkara biasa "mungkin" . Terima Kasih MAINS sebab beri aku peluang bagaimana nikmat nya menjadi seoranag guru :') . Seronok sangat2, bila kau hadir ke sekolah, anak-anak murid kau sambut kau dengan peluk2, berkepit gn kau . Ya Allah, sungguh aku terharu dengan mereka. Walaupun kadang aku marah mereka atas dasar mendidik, tapi mereka tak pernah pun terasa dengan aku. Maafkan gurumu ini andai ada ilmu yang tidak kalian peroleh dengan secukupnya. hmmmm. 


Ya, Rindu sesangat dengan mereka. Ustazah harap kamu semua berada dalam jagaan Allah, kemana kalian pergi, dimana ustazah berada, sentiasa teringat kamu semua anak-anak didikku. kejarlah ilmu sebagaimana kalian mengejar ibu bapamu untuk mendapatkan sesuatu yang kamu inginkan. 


Suatu hari nanti, bila kamu dapat cari blog ustazah ni, kamu akan ingat semua nya kenangan kita bersama selama ustazah mengajar kamu. Jaga diri wahai anak-anak didikku. Sk Labu Batu 10 💗



LotsOfLove : UstazahZara 💙